x
M B N

Presiden MBN Perak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT.


Syukur kehadrat Allah SWT kerana saya diberi peluang dan tanggungjawab untuk menjadi presiden Majlis Belia Negeri Perak (MBN)


Pertama sekali, Majlis Belia Negeri Perak (MBN) ini merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bergerak sebagai badan organisasi yang menyelaras pertubuhan belia di Negeri Perak. Majlis Belia Negeri Perak juga diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat negeri.


Majlis Belia Negeri Perak ditubuhkan bagi menggalakkan kemajuan belia yang seimbang dalam semua bidang ekonomi, social,mental fizikal, akhlak dan demokrasi. Majlis Belia Negeri Perak juga bermatlamat untuk memupuk semangat kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi bagi kepentingan masyarakat dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang,kreatif, proaktif dan bertanggungjawab. Tema Majlis Belia Negeri Perak adalah menuju ke arah kemandirian organisasi.


Akhir kata, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung di Majlis Belia Negeri Perak.

MUHAMMAD PUHAZ BIN SALEH

Presiden MBN Perak
Pergi Ke Atas